Friday, September 24, 2010

HiGoat - Rahsia Susu Kambing Penuh Khasiat & Kebaikan

Susu Terbaik Selepas susu ibu

HiGoat - Rahsia susu kambing yang kini disingkap mutu khasiat dan kebaikannya. Susu kambing terlaris buat anda sekeluarga yang diyakini manafaatnya. Harga berpatutan, penuh nilai khasiat dan bermutu tinggi, suci lagi halal.



Muqaddimah

Kini terdapat cara mudah untuk meminum susu kambing. Anda tidak perlu risau bagaimana untuk simpan susu kambing bagi mengekalkan kesegaran, bau yang tidak menyenangkan. Penemuan terbaru susu kambing dalam bentuk tepung yang dinamakan Hi Goat keluaran Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. yang dijamin Suci dan Halal. Susu Tepung Hi Goat adalah unik dan terbaik kerana:

* Pertama di pasaran
* Rasa yang enak
* Penyediaan mudah dan segera
* Sesuai untuk semua
* Bau yang menyenangkan
* Tanpa gula
* Tiada bahan pengawet dan pewarna Organik



Kelebihan & Khasiat


Apakah kelebihan dan manfaat Susu Kambing Hi-Goat yang telah terbukti keberkesanannya?
migrain

* Merawat Kencing Manis
* Sakit Jantung dan Darah Tinggi
* Gastrik
* Asma (Lelah)
* Acute Anemia
* Tulang Belakang Reput
* Angin Ahmar
* Insomnia
* Kebas Kaki dan Tangan
* Migrain
* Semput
* Masalah Keletihan
* Masalah Kulit
* Masalah Ketika Mengandung dan Kelahiran
* Masalah Susah Buang Air Besar dan Buasir
*Demam Kuning
*Penyakit Lupa/Nyanyuk
*Cerdas Minda untuk bayi/kanak-kanak

Sejarah di sebalik Susu Kambing

Nabi Adam

Bermulanya ‘Human Civilization’ (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan haiwan ternakan pertama di dunia.

Nabi Ibrahim

Merupakan penternak kambing yang agong. Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing2nya. Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.

Nabi Isa

Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel - bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

Nabi Muhammad SAW

Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu kambing segar, yakni diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik uqbah Mu’aith

(Dipetik dr Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com)

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW: Telah disediakan 3 jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu Kambing. Baginda memilih susu kambing (”minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu”)

Dinasti China

Tahukah anda Dinasti China semenjak 2,500 tahun dahulu Puteri-Puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing? Manakala masyarakat India dan penganut agama Hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan Meningkatkan Daya Ingatan, Ketahanan Badan dan Amalan Perubatan.

Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa.

Cleopatra & Mahatma Gandhi

Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.

(Majalah Rapi, 15 Jun 2005).

Yang mana lebih baik, adakah Susu Lembu atau Susu Kambing?

Ramai juga yang telah mengamalkan Susu Awal Lembu sebagai pemakanan tambahan, tetapi yang mana lebih baik, adakah Susu Lembu atau Susu Kambing? Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa:

1. Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan
2. Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
3. Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
4. Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
5. Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
6. Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-

* Protein 2.1 kali ganda
* Kalsium 2.2 kali ganda
* Zat Besi 2.0 kali ganda
* Potasium 2.1 kali ganda
* Vitamin A 3.8 kali ganda
* Garam Galian 2.0 kali ganda
* Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

Untuk menjadi ahli : Pakej keahlian + 4 kotak + 1kotak percuma = RM 150 sahaja

Untuk yang sudah menjadi ahli: 4 kotak = RM 110 sahaja (bekalan untuk 2 bulan jika ambil 1 sachet sehari)  Sila sertakan no ahli.
Untuk yang bukan ahli : 4 kotak =  RM 146. 40.

(1 kotak = 15 sachet)   HARGA POS IALAH RM 7.

Untuk Pesanan: sila email ke rosdianashahril@gmail.com.(ROSDIANA SHAHRIL)



TESTIMONI Dari Tuan Blog Sendiri

Saya sendiri telah mengambil pengambilan susu kambing ni. Dulu saya kerap sakit-sakit sendi dan bila melakukan terlebih gerakan, saya akan alami rasa sakit lagi..terasa seperti tulang terpeliot. Kini tidak lagi dengan HiGoat.


Baca lagi testtimoni dari pengguna lain.


Baca lebih lanjut tentang kebaikan susu kambing.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Namun, apabila diteruskan terapi kambing ini sehingga menjadi resonan, kita bukan sahaja sembuh malah karektor menjadi positif kembali kesan pembongkaran asid urik dan angin dari darah dan tubuh.

Mencantikkan Kulit

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah berkaitan dengan kawasan Thalamus . Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing dan minum susu kambing, akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)

Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal, Kelenjar Pitutary, Hati, Hempedu, Pankreas, Kelenjar Adrenal serta hormon pembiakkan ovari dan testis.

Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan mantap atau disebut emotional quotient EQ.

Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insyaAllah, amalkanlah memakan daging kambing atau meminum susu kambing.

Antibiotik Semulajadi

Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini. Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.

Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.

Pengaruh Karektor

Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.

Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga. Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai. Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis atau kencing manis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.


Hubungi Saya sekarang : rosdianashahril@gmail.com (ROSDIANA SHAHRIL)